Jumaat, 31 Disember 2010

Pantaskah Engkau Untukku..



Di penghujung jalanku,
engkau berikan aku semangat.
Di penghujung harapanku,engkau buatku begitu indah untukmu.
walau tanpa kau sadari,

semuanya akan jadi kenangan,
Seperti setiap puisi yang hantarkan padaku.
Seperti angan2 yang merindukanmu,

tanpa bisa menggapaimu.
Pelangi buatku mengerti erti terang dalam harimu.
tapi masihkah pelangi beri sedikit cahayanya tanpa
aku harus pergi darimu.
Maaf,jika engkau membaca ini
engkau langsung membenciku
kerana diriku yakin,

bahawa aku tak layak untukmu.
Maafkan diriku........

Cinta Datang Dan Pergi



cinta datang untuk di beri,cinta pergi bukan karena menyakiti,tp semuanya akan pergi dan tak berarti,sendiri dan sunyi ketika semuanya senyap,di dalam batin hanya nama dan sajak wajahmu yang menghiasi tidur panjangku,moga semuanya akan selalu sama dan tak akan berubah..

Masih MencintaiMu

sendiri,sepi,tak ada yg menemani

dinginnya malam ini,
 
membuatku makin sedih
 
kosong,sedikitpun tak ada senyuman

kekasih hati tak ada lagi

pergi dan hilang entah kemana

aku disini sendiri........

memikirkan dan tak banyak berharap lagi

dia yang aku cintai

tak akan untukku lagi

dia yang aku sayangi

tak akan benar2 menyayangiku lagi

disini aku slalu merindu dan menanti

dia kan hadir temani aku

hilangkan merana dan sepiku

mendekapku dan membalas cintaku

dan itu adalah harapanku..

walaupun ku tau dia bukan milikku lagi...

Jumaat, 17 Disember 2010

25 Tips Terbaik Untuk Kekal Dengan Pasangan Anda

 Hai blog... aku ingat ari ni nak kongsi sikit ilmu yang aku baca kat 1ruangan tau.. korang baca k.. untuk tambah ilmu di dada lagi2 pasangan yang baru nak bercinta,sedang bercinta,.sudah bercinta pun boleh.... layan k..yezzzza... meOwww........ =)

gambar hiasan =)


1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.
2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya
Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.
6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing – Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.
11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.
13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.
14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.
15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.
16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.
17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.
18. Semua Orang Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.
19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Dengan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.
21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.
23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.
25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama..

(hakcipta oleh  mazuki
artikel untuk selangor2u.com)
(diolah2 oleh ogy puteri)

Khamis, 16 Disember 2010

Antara Sahabat dan Kekasih



Assalammualaikum wbh...

Saya sering berfikir, antara SAHABAT & KEKASIH, siapakah yang kita terima dan kasihi dahulu?? Siapakah yang sering kita kongsikan cerita?? Siapa pula yang sering menggembirakan kita tatkala duka nestapa?? Dan siapa yang sanggup berkorban untuk kesenangan dan kesusahan kita?? Siapa pula yang lebih penting?? Dan madahku bermula...

Sahabat...
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan

Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang xbertepi
Dan ingin bersama sehidup semati

Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi

Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli

Dan Sahabat...
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan

Kekasih...
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi

Sahabat....
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga

Kekasih...
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..

Sahabat...
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat

Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih.....erm, fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..


Betulkan, antara sahabat dan kekasih, banyak perbezaan... dan ade juga persamaan. Cube anda tanpa SAHABAT, Bagaimana rasanya??? tapi jika anda tanpa KEKASIH, anda tetap ada seorang SAHABAT yang sudi bersama anda hingga akhir hayat..

♥ Hargai Sahabat anda selagi jasadnya di sisi ♥
wassalam...

Sabtu, 4 Disember 2010

hujan petang

hai assalamualaikum buat blog ku...
Lama nye aku tak tengok-tengok kau kan...kecian nye...hehehe.... sori dear bukan ape sibuk sikit sejak akhir-akhir ni...macam-macam benda nak buat...benda nak buat??? tapi buat ape ek??? hahahha...sendiri cakap sendiri tanya...apalah!!! =) aku sibuk pasai ape ek???hehehe malu lah pulak nak cakap dengan kau lah wahai blog..nanti kau gelak kan aku...diam-diam jelah..nanti kau tahu gak kot...sabar k nanti aku bagitahu kau sebab ape...

Awat sejuk sangat ni....hujan upenye....lebat gak aku tengok kat luar ni. adoi...macam mane aku nak balik jab lagi ni...masalah betol lah...aku kat office lagi..macam dah xde keje nak buat pulak..padahal nak renew insurance punye lah banyak kat atas meja tu aku longgok kan..hehehe....jab ye bos,..jab lagi i buat k...jangan marah...xmarah kot dia arini,..sebab arini dia buat rambut fesyen ala-ala tempurung..hahahha....lawak giler aku tengok rambut nyonya aku ni...confirm esok pagi kak wati mai terkejut tengok dia.keh3.... bajet cun lah tu...jahat nye aku mengutuk bos sendiri...hehehe.....

Dalam bulan ni aku rasa belum tulis ape-ape lagi kat badan kau ni kan blog..aku tiba-tiba je rasa nak tengok kau sebab tadi aku buka blog esya...hehehe.. baguslah dia dah ade blog.. boleh gak dia meluahkan isi hati dia kot-kot ada yang terbuku dalam hati dia yang boleh ditulis kat dalam tu...ok gak aku tengok blog dia...cute and simple...tapi kata-kata yang penuh makna....hahahha...cuma dia je yang tau ape yang di tulis...hehehe...
ni lah esya....cute kan?hehehe
Ermmm,..malam ni banyak gak tempat kenduri kawen kawan-kawan aku yang nak kena pi...xpelah...kang time aku kawen xdak sapa pulak yang nak mai tengok kami kalau aku xpi tengok dorang..hehehe....poyo nye.. geli dengar.. =) nampaknye kena pilah sorang-sorang...xpe..berdikari..cewah....hujan bila ang nak berenti ni..aku dah macam ais ni... dah lah kje arini sorang-sorang...xbest langsung tau...sejuk.......tolong aku.....

aku rasa dalam bulan 12 ni mungkin akan berlaku macam-macam peristiwa dalam hidup aku kot..tapi aku pun tak tau lagi ape benda nye yang akan berlaku..hehehe....aku pun rasa dalam bulan ni aku ade menyakitkan hati seseorang.....saya minta maaf banyak2 k... jangan lah disebabkan hati dan perasaan kite putus tali persahabatan... kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya... mungkin ada hikmah disebalik semua ni...percayalah..... =)

oklah,..dah panjang sangat aku tulis kat dalam ni..tengoklah nanti kalu ade mood lagi aku tulis lagi k. manalah tau ade peristiwa-peistiwa yang bakal menggegarkan kepala aku..hehehe..... cau dulu k... wasssalam........................meowww~ adios amigos!!! layan lagu kat bawah ni k....hehehe


Haslinda

Sehati Sejiwa

( 1 )
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

( 2 )
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

( ulang 1 & 2 )

Selasa, 19 Oktober 2010

I'm sorry im not Perfect Enough For you..


I'm sorry im not Perfect Enough For you... saat ketika aku menaip ayat-ayat ini hati aku betul-betul tersentuh. tersentuh bukan sebab terharu,.sebab yang terlalu sedih.. aku rasa nak pi send je kat phone dia...tp dah send pun..baru je tadi.alamak apesai air mata aku tetiba keluar ni..mengade betoilah.. ahahahaha..gilak!!.. aku memang dah gilak..ah,.sewel pun ade gak ni kot. =( mood aku betoi-betoi tengah sedih ni. tu pasai aku taip dalam blog ni. memang hobi aku suka bercerita tentang hati,jiwa,perasaan aku kat sesuatu tempat yang xdapat dikesan oleh sesiapa..iyelah orang nak tengok blog aku ni pun macam xde selera..wahahahah..wey!! ape yang aku mengarut ni...hahahahah.. rasa nak nangis pun ade gak. tapi aku mana boleh menangis,..xcomel lah nanti..wahahahaa,..giler,. perasannye ko ni...=P

nape hatiku langsung xhappy sejak akhir-akhir ni...aku rindu?angau?oh,.tidak same sekali aku macam tu..giler..tapi dengan sape?argh!! xpenting pun semua tu,..angan ku semua dah musnah hancur... =(... tapi masih ade harapan ke untuk aku memulihkan nya semula?ermmm,,,..entahlah..itu jelah yang aku tau..mengeluh3... sepinye hidup aku ni sekarang.rasa macam hidup sorang-sorang je kat dunia ni.. kalaulah aku boleh terbang macam burung merpati,.mesti best..boleh pi mana-mana je yang aku suka.dahlah cantik,.bersih..cute...ha3..tapi xsesuai nak samakan macam aku.

ape yang nyata sekarang..aku dah dekat 2 hari xbercakap dengan dia..xjawab sms dia,.semuanya tidak..SEBAB APE?? aku pun xtau.mungkin aku yang berhati keras ni tengah berkecil hati kot... entahlah,.aku pun xtau kenapa,mengapa,bagaimana,..hoooo..pening,.apesal perangai aku teruk sangat sampai macam ni ye..dah lah berjiwa kulit bawang putih,.berhati keras,.kepala otak pulak macam batu krikil kat tepi jalan rumah aku,.wakakakakah.. hey ogy!! apesallah dengan ang ni..jahat ke aku?aku memang baik pun,,semua orang pun tau tentang itu..wahahahha..pi dok perasan lagi..dah lah aku pun dah xtau nak tuls ape lagi dalam ni..makin lama makin melalut pulak aku taip..rasa macam nak join je si kenpachi kepala senget tu pi bukit merah..boleh aku merehatkan kepala otak aku yang sememangnye dah bercampur baur macam rojak buah..tapi.... wey ang gilak ye ogy!! jangan dok cari pasai pulak.nanti ang bertukaq jadi tapai baru ang tau..wahahahah.. =) oklah guys nanti ada masa aku taip lagi k...can cin cau dulu..opss!! nanti2 aku lupa sesuatu lah.. kan setiap kali aku taip dalam blog ni aku mesti kena taip dulu satu lirik lagu... ermmm..tapi lagu ape ek nak aku taip ni..ha!! ok korang layan k.. YEZZA!!!! meoww~~

Nafas Cinta 
p~ sesaknya nafas didadaku
     mengenang percintaan ,..kita..
      l~ dapatkah kita meneruskan..
          impian dan harapan,.cinta...
p~ dihatiku masih luka
     namunku tetap bersabar
      l~ ku mengerti perasaan mu 
          duhai,.oo.. sayang
          rindu bergelora
          resah gelisah nafas cinta
p~ biarpun seribu luka tak bisa menghapus cinta
     entah mengapa aku,.makin sayang padamu..
     kerna kau adalah,..kekasihku..
     nafas cinta,..oo....
   l/p~ oh tuhan tunjukkan jalan
          hadapi segala cobaan
          semoga kita bahagia untuk selama-lamanya
          rindu bergelora resah gelisa nafas cinta

Jumaat, 15 Oktober 2010

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu.....



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya

Khamis, 14 Oktober 2010

wahahahaha... sempoi..!!

hai..my blog... dah lamenye aku tak tulis ape2 dalam ni kan..hahahha.. kesian kat ang.. awat aku ni rajin beno sekarang cakap lorat orang utara? ni mesti dok terjebak dengan sorang mamat yang agak giler2,.but ok gak jadi geng sekepala dengan dia.. mula2 aku memang ade bengang giler2 dgn dia.sampai aku dok menangis sorang2 mcm xtahan dia kata aku gila dlm wall fb dia.sakitnya hati aku ni aku sorang je yang tau.rasa nak pi tumbok2 dia ja.geng2 dia semua dok kutuk aku kau2.tapi aku sabaq2 byk2.. la ni dah ok ckit...dia minta ampun dengan aku..wahahahaha...lawak gila.sapa dia aku rasa xpenting nak aku tulis dalam ni..giler dan senget~. tu lah yg sesuai dikatakan tentang dia..wahahahah... gilak!!

ermmm,..x lama lagi boypren aku punya besday... 23/10 ni.. apa aku nk bg dia ni...ada sapa2 blh bg idea tak.. tanya si esya pelik2 plk yg hadiah dia suruh aku bg. mahai2 plk tu.. pokailah aku nnt..wahhhhh lari bajet ma.. tapi aku ingat nk celebrate kat restoran tepi pantai yang aku pnh pi dengan seseorang dl..wahahaha... kenangan..aku dah planning macam2 ni..xsabaq plk rasenya.. tp aku kena celebrate hujung bln ni..xpa2 jnji aku celebrate besday dia tahun ni..kecian dia thn lpas aku buat2 xtau.hahahahah...sori dear..=)

aku pun xtau nape sekarang aku tengah giler sangat2 dengan lagu stacy ye...woww.... gila~.. aku nak tulis seni kata lagu dia bawah ni... mai kita layan sama2..... yezzza.... huahahaha...

Lirik Stacy AF6 - Jahat

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah


Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Jumaat, 24 September 2010

jangan ada benci

tetiba je aku nak cakap pasal jangan ada benci antara kita pada blog aku ni.bukan ape sejak akhir2 ni aku rasa mcm dah banyak buat orang berkecil hati dengan aku.bukan aku nak mempermainkan mereka,cuma..aku cuma nak berkawan,x salah kan..tiba-tiba aku tringat kan satu lirik ni,,
korang layanzz k.. meOww2...

JANGAN ADA BENCI..

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Rabu, 22 September 2010

permulaan ku.....

as'kum kawan2 klu ade sape yg sudi melihat blog ku ini..
ermm..buat pertamakalinye aku menulis blog pada hari ini.. 23/09/2010.
aku pn xtau nak tulis ape dlm blog aku ni.tapi xpe aku akan cuba pikir2pikir kan..hahaha...
bialah aku perkenalkan diri aku dulu. nama aku ogy..aku asal orang selangor..xbanyak yang boleh aku cerita kan tentang aku dalam ni.
hahaha inilah aku yang tiada ape2 keistimewaan pn..aku suka baca lirik2 lagu yang aku suka tau,. paling aku suka lagu black yang terbaru tu.kalau x silap aku sofia jane kot... aku hafal sgt lagu tu. aku nk lampirkan dalam ni lah.nnt korang bleh lah layanzzz k..


Lirik Sofea Jane – Black

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Ulang Chorus 2X

layan jab