Isnin, 14 Mac 2011

Cubaan Menepis Kekuatan Tika Ini....



Pertemuan dan perpisahan merupakan satu adat biasa dalam menelusuri kehidupan.Satu pertemuan mampu mencoret pelbagai kenangan walaupun untuk sedetik cuma,walaupun tidak lama.Perpisahan itu amat menyakitkan meskipun ada sedikit ketenangan dalam merelakan perpisahan itu berlaku.

Kita hidup untuk masa sekarang, bukan untuk masa lalu.Kadang-kadang kenangan lama menghambat dan menghantui kita, membuatkan kita sentiasa merasai keperitannnya.Menumpahkan air mata yang sia-sia,tidak berbaloi.Bahagiakah kita hidup dengan memori lalu??

Kita pernah merasai kebahagiaan pada masa lalu dan terkubur juga pada saat kita sedang mengecap kegembiraan.Satu rasa tidak akan pernah kekal selamanya kecuali satu rasa hanya untuk Allah.Pabila kita teruskan hidup kerana masa lalu,kita tidak akan menerima hakikat itulah corak kehidupan kita sekarang.Ya memang kadang-kadang kita sebenarnya tidak menyedari yang kita masih berpaut pada ilusi kenangan lalu,hari-hari yang kita lalui adakalanya tersandar pada memori tersebut.

Kenapa agaknya minda kita masih mencerna memori lalu bila kita dalam keadaan sedih pada masa sekarang?? Kebiasaannya memori yang manis.Sedangkan yang sudah berlaku tidak dapat diputar kembali.

Manusia bisa berubah.Semuanya atas kehendak masing-masing.Berapa lama lagi kita nak biar hidup kita dibaluti dan dicengkam memori lalu?Tidak kiralah gembira atau sedih,kita mesti bangun dari mimpi.


Jangan bermimpi lagi,.pleaseeeeeee!!!!

Payah tapi harus gagahkan diri untuk bangun kembali dan mengorak langkah ke arah sinar kebahagiaan yang hakiki....

gambar hiasan



Khamis, 3 Mac 2011

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

bila cinta filianti vlee



ogyputeri

layan jab