Jumaat, 31 Disember 2010

Pantaskah Engkau Untukku..



Di penghujung jalanku,
engkau berikan aku semangat.
Di penghujung harapanku,engkau buatku begitu indah untukmu.
walau tanpa kau sadari,

semuanya akan jadi kenangan,
Seperti setiap puisi yang hantarkan padaku.
Seperti angan2 yang merindukanmu,

tanpa bisa menggapaimu.
Pelangi buatku mengerti erti terang dalam harimu.
tapi masihkah pelangi beri sedikit cahayanya tanpa
aku harus pergi darimu.
Maaf,jika engkau membaca ini
engkau langsung membenciku
kerana diriku yakin,

bahawa aku tak layak untukmu.
Maafkan diriku........

Cinta Datang Dan Pergi



cinta datang untuk di beri,cinta pergi bukan karena menyakiti,tp semuanya akan pergi dan tak berarti,sendiri dan sunyi ketika semuanya senyap,di dalam batin hanya nama dan sajak wajahmu yang menghiasi tidur panjangku,moga semuanya akan selalu sama dan tak akan berubah..

Masih MencintaiMu

sendiri,sepi,tak ada yg menemani

dinginnya malam ini,
 
membuatku makin sedih
 
kosong,sedikitpun tak ada senyuman

kekasih hati tak ada lagi

pergi dan hilang entah kemana

aku disini sendiri........

memikirkan dan tak banyak berharap lagi

dia yang aku cintai

tak akan untukku lagi

dia yang aku sayangi

tak akan benar2 menyayangiku lagi

disini aku slalu merindu dan menanti

dia kan hadir temani aku

hilangkan merana dan sepiku

mendekapku dan membalas cintaku

dan itu adalah harapanku..

walaupun ku tau dia bukan milikku lagi...

Jumaat, 17 Disember 2010

25 Tips Terbaik Untuk Kekal Dengan Pasangan Anda

 Hai blog... aku ingat ari ni nak kongsi sikit ilmu yang aku baca kat 1ruangan tau.. korang baca k.. untuk tambah ilmu di dada lagi2 pasangan yang baru nak bercinta,sedang bercinta,.sudah bercinta pun boleh.... layan k..yezzzza... meOwww........ =)

gambar hiasan =)


1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.
2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya
Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.
6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing – Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.
11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.
13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.
14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.
15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.
16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.
17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.
18. Semua Orang Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.
19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Dengan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.
21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.
23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.
25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama..

(hakcipta oleh  mazuki
artikel untuk selangor2u.com)
(diolah2 oleh ogy puteri)

Khamis, 16 Disember 2010

Antara Sahabat dan Kekasih



Assalammualaikum wbh...

Saya sering berfikir, antara SAHABAT & KEKASIH, siapakah yang kita terima dan kasihi dahulu?? Siapakah yang sering kita kongsikan cerita?? Siapa pula yang sering menggembirakan kita tatkala duka nestapa?? Dan siapa yang sanggup berkorban untuk kesenangan dan kesusahan kita?? Siapa pula yang lebih penting?? Dan madahku bermula...

Sahabat...
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan

Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang xbertepi
Dan ingin bersama sehidup semati

Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi

Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli

Dan Sahabat...
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan

Kekasih...
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi

Sahabat....
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga

Kekasih...
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..

Sahabat...
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat

Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih.....erm, fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..


Betulkan, antara sahabat dan kekasih, banyak perbezaan... dan ade juga persamaan. Cube anda tanpa SAHABAT, Bagaimana rasanya??? tapi jika anda tanpa KEKASIH, anda tetap ada seorang SAHABAT yang sudi bersama anda hingga akhir hayat..

♥ Hargai Sahabat anda selagi jasadnya di sisi ♥
wassalam...

Sabtu, 4 Disember 2010

hujan petang

hai assalamualaikum buat blog ku...
Lama nye aku tak tengok-tengok kau kan...kecian nye...hehehe.... sori dear bukan ape sibuk sikit sejak akhir-akhir ni...macam-macam benda nak buat...benda nak buat??? tapi buat ape ek??? hahahha...sendiri cakap sendiri tanya...apalah!!! =) aku sibuk pasai ape ek???hehehe malu lah pulak nak cakap dengan kau lah wahai blog..nanti kau gelak kan aku...diam-diam jelah..nanti kau tahu gak kot...sabar k nanti aku bagitahu kau sebab ape...

Awat sejuk sangat ni....hujan upenye....lebat gak aku tengok kat luar ni. adoi...macam mane aku nak balik jab lagi ni...masalah betol lah...aku kat office lagi..macam dah xde keje nak buat pulak..padahal nak renew insurance punye lah banyak kat atas meja tu aku longgok kan..hehehe....jab ye bos,..jab lagi i buat k...jangan marah...xmarah kot dia arini,..sebab arini dia buat rambut fesyen ala-ala tempurung..hahahha....lawak giler aku tengok rambut nyonya aku ni...confirm esok pagi kak wati mai terkejut tengok dia.keh3.... bajet cun lah tu...jahat nye aku mengutuk bos sendiri...hehehe.....

Dalam bulan ni aku rasa belum tulis ape-ape lagi kat badan kau ni kan blog..aku tiba-tiba je rasa nak tengok kau sebab tadi aku buka blog esya...hehehe.. baguslah dia dah ade blog.. boleh gak dia meluahkan isi hati dia kot-kot ada yang terbuku dalam hati dia yang boleh ditulis kat dalam tu...ok gak aku tengok blog dia...cute and simple...tapi kata-kata yang penuh makna....hahahha...cuma dia je yang tau ape yang di tulis...hehehe...
ni lah esya....cute kan?hehehe
Ermmm,..malam ni banyak gak tempat kenduri kawen kawan-kawan aku yang nak kena pi...xpelah...kang time aku kawen xdak sapa pulak yang nak mai tengok kami kalau aku xpi tengok dorang..hehehe....poyo nye.. geli dengar.. =) nampaknye kena pilah sorang-sorang...xpe..berdikari..cewah....hujan bila ang nak berenti ni..aku dah macam ais ni... dah lah kje arini sorang-sorang...xbest langsung tau...sejuk.......tolong aku.....

aku rasa dalam bulan 12 ni mungkin akan berlaku macam-macam peristiwa dalam hidup aku kot..tapi aku pun tak tau lagi ape benda nye yang akan berlaku..hehehe....aku pun rasa dalam bulan ni aku ade menyakitkan hati seseorang.....saya minta maaf banyak2 k... jangan lah disebabkan hati dan perasaan kite putus tali persahabatan... kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segala-galanya... mungkin ada hikmah disebalik semua ni...percayalah..... =)

oklah,..dah panjang sangat aku tulis kat dalam ni..tengoklah nanti kalu ade mood lagi aku tulis lagi k. manalah tau ade peristiwa-peistiwa yang bakal menggegarkan kepala aku..hehehe..... cau dulu k... wasssalam........................meowww~ adios amigos!!! layan lagu kat bawah ni k....hehehe


Haslinda

Sehati Sejiwa

( 1 )
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

( 2 )
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

( ulang 1 & 2 )

layan jab