Selasa, 17 Januari 2012

HATI DAN PERASAAN,... :)

HATI DAN PERASAAN 


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. 

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Khamis, 1 Disember 2011

eRmmm,.xtau nak bg tajuk ape

***janganlah kita samakan nilai persahabatan dengan top up Rm10.00.. Tidak ternilai persahabatan itu pada diri saya dan terlalu mahal erti persahabatan... kerana bibir dan jari tidak perlu berkata mahupun menulis bila hati sudah mula bersuara......:) ***

Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin,jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..

Isnin, 31 Oktober 2011

Tanda Pasangan Anda Sesangatlah Cemburu,..

Bagi korang pasangan suami isteri ataupun kekasih, kita tidak akan lari daripada penyakit cemburu. Memang betul ramai cakap cemburu itu tandanya sayang, tak kurang juga yang melihat cemburu itu masalah besar... cemburu buta yang akhirnya boleh menyebabkan keruntuhan hubungan korang dalam berkasih. Oleh itu.. bagi mengatasi masalah ini, kita seharusnya dahulu menghidu ataupun melihat apakah tanda-tanda yang wujud jika pasangan korang itu cemburu....... ;) hehehe
 
  • Kadangkala dia akan menelefon kamu beberapa kali dalam sehari. jikalau anda tidak menjawab panggilannya pastinya dia akan marah,.. ngehngehngeh,... ;)
  • Walaupun dia tahu anda sibuk pada masa itu, dia tetap mahu bercakap dengan anda,.huh!!
  • walaupun anda keluar dengan rakan sekerja ataupun kawan yang berlainan jantina, dia tetap akan marah,.. wahahaha,...ishishishhh
  • dia akan selalu menyiasat pergerakan kamu.. dan jika ada kesalahan,,,nahaslah nanti...kuikuikui
  • kalau kamu mahu meninggalkan dia, dia akan mengugut akan melakukan perkara yang diluar jangkaan seperti membunuh diri,.. wowwww!
  • dia hanya mahu kamu bersama dengan dia saja..tak kira lah di majlis , mahupun di laman sosial  seperti facebook,.. huh!!aiseh..,
  • jikalau ada majlis keramaian, dia tidak suka kamu pergi kerana bimbang ada orang lain yang tertarik dengan kamu..wohoho,..
  • kadangkala dia akan menyoal kamu seperti seorang polis, sebabnya dia mahu tahu apa yang berlaku semuanya.. hahaha jengjengjeng!!!
  • jika kamu memberi penjelasan, dia tidak akan mahu ambil peduli,. dush!!!!

Macam aku kata sebelum ini, persefahaman itu penting.. korang tak buat hal diorang tak kecoh la.. cemburu ini macam belon, kalau lama-lama simpan.. lama-lama meletop weiii... aduihhhh~ hehehe... 
meOww~ mmmuah ;)

Nasihat penulis,.:  Pergi solat,berdoa mintak ditenangkan diri ^^











sekadar,...... jari ini ingin menari :) hehe

Takdir kadang-kadang
MEMPERTEMUKAN kita
dengan SESUATU yang
tidak diundang,
MEMBERI apa yang tidak
... dirancang,
MEMAKSA kita
mengalirkan air mata
kesedihan
serta membuatkan kita
rasa kehilangan...
Namun TAKDIR juga
menerpa kita dengan erti
perkenalan,
menyulam arti kasih
sayang, menanam erti...
persahabatan,
menghadiahi kemanisan
dalam kegembiraan,
menyemai benih
keakraban,
serta memberi PELUANG
menilai siapa SAHABAT,
siapa KAWAN dan siapa
sekadar KENALAN
yang mengisi ruang dalam
episod kehidupan.. 

sekadar hiasan je,.. peaceeeee mmuahh hehe ;)

Selasa, 6 September 2011

Gangguan Orang Ketiga....

 saya nak kongsi sikiT dari ape yang telah saya dapat maklumat dari PERAK1 forum  by sriteddy™
SAMA-SAMALAH KITA MENJAUHI DAN ELAK DARIPADA BENDA-BENDA BEGINI BERLAKU,.WALAUPUN KADANG-KADANG  IA BERLAKU TANPA KITA PINTA DAN SEDARINYA....InsyaAllah..... mudah-mudahan kita akan dijauhi daripada perkara yang kita tidak ingini ;)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian 
 
KAJIAN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.


Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.


Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.


Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.


Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.


Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,katanya.


Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.


Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.


Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.


Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini, katanya.
 
''Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya..''
 
Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini, katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.


Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.
Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.


Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Adakah kamu tu bijak pilih pasangan hidup????

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal. =((


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup kamu itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?

(1) Adakah korang berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?


(2) Adakah korang berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?


(3) Adakah tiap-tiap seorang dari korang berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?


(4) Adakah bakal tunang korang itu sudah matang umurnya?


(5) Adakah bakal tunang korang itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?


(6) Adakah korang berdua sudah lama berkenalan?


(7) Selama perkenalan kamu degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan korang berdua?


(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?


(9) Adakah rancangan perkahwinan korang berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?


(10) Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?


(11) Adakah bakal tunang kamu seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?


(12) Adakah kamu sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan kamu tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?


(13) Adakah bakal tunang kamu itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?


(14) Adakah bakal tunang kamu itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?


(15) Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?


(16) Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun kamu sendiri seorang yang pemanas dan perungus?


(17) Adakah korang berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?


(18) Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?


(19) Adakah bakal tunang kamu itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak korang nanti?


(20) Dan yang penting sudahkah kamu sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan kamu itu baik untuk kamu dan agama kamu?


Kalau tiap-tiap seorang dari kamu berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan kamu berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau kamu dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan kamu mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai 10, maka perkahwinan kamu sukar bertemu kerukunan dan kedamaian

Sabtu, 30 Julai 2011

Kenal Peribadi Melalui Darah

by : www.azwananuar.com

Betul ke jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita ni mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun dalam web azwan anuar ni lah,dia kata kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. omg!!!!! betoi ka???  JOM KITA TENGOK  tapi korang darah ape? aku pun xpenah tahu selama ni aku darah jenis ape........tapi xpe;lah aku nak kongsi dari maklumat yang aku dapat dalam www.azwananuar.com ni...... =)

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

layan jab