by : www.azwananuar.com
Betul ke jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita ni mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di
Jepun dalam web azwan anuar ni lah,dia kata kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di
dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai
keperibadian individu itu sendiri.
omg!!!!! betoi ka??? JOM KITA TENGOK tapi korang darah ape? aku pun xpenah tahu selama ni aku darah jenis ape........tapi xpe;lah aku nak kongsi dari maklumat yang aku dapat dalam www.azwananuar.com ni...... =)
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang
ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan
kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu
di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk
bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda
itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang
memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda
agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu,
kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar
melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk
berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu.
Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan