***janganlah kita samakan nilai persahabatan dengan top up Rm10.00.. Tidak ternilai persahabatan itu pada diri saya dan terlalu mahal erti persahabatan... kerana bibir dan jari tidak perlu berkata mahupun menulis bila hati sudah mula bersuara......:) ***
Ya Allah, panjangkanlah
umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,
dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada
kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin,jika dia
jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut
padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya
agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah, Jangan biarkan
sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku
melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,rindu abadi
dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..