Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada
kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak
ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan
watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama,
persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan.
Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai
keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal. =((
Untuk
menduga sama ada pemilihan pasangan hidup kamu itu sesuai atau tidak,
silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu
menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?
(1) Adakah korang berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
(2)
Adakah korang berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai
hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari korang berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
(4) Adakah bakal tunang korang itu sudah matang umurnya?
(5)
Adakah bakal tunang korang itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya
sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?
(6) Adakah korang berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan kamu degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan korang berdua?
(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan korang berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
(11) Adakah bakal tunang kamu seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
(12) Adakah kamu sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan kamu tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
(13) Adakah bakal tunang kamu itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
(14) Adakah bakal tunang kamu itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
(16)
Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang bertabiat tenang dan damai
walaupun kamu sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
(17) Adakah korang berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
(18)
Adakah bakal tunang kamu itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak
termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
(19) Adakah bakal tunang kamu itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak korang nanti?
(20)
Dan yang penting sudahkah kamu sembahyang sunat istikharah untuk
menentukan pilihan kamu itu baik untuk kamu dan agama kamu?
Kalau
tiap-tiap seorang dari kamu berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16
atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan
bahawa perkahwinan kamu berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan
kejayaan. Kalau kamu dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka
perkahwinan kamu mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi
gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu
tidak sampai 10, maka perkahwinan kamu sukar bertemu kerukunan dan
kedamaian